Beza antara Baked dan Chilled Cheesecake
Sebut saja Cheesecake atau Kek Keju, dah terbayang keenakan rasa Oreo Cheesecake, Mango Cheesecake, Blueberry Cheesecake dan macam-macam lagi perisakan?
Oreo Cheesecake |
Mango Cheesecake |
Strawberry Cheesecake |
Kebiasaannya Cheesecake terdapat dua atau lebih lapisan. Lapisan pertama adalah terdiri daripada kerak atau crust yang biasanya adalah daripada biskut seperti Oreo, Digestive, Crackers, atau kek span.
Kemudian pada lapisan kedua adalah lapisan cheese atau keju yang biasanya merupakan Creamcheese yang dicampur dengan telur, tepung ataupun gelatin.
Lapisan terakhir, iaitu atas sekali adalah lapisan perisa cheesecake. Sama ada diletakkan buah-buahan segar seperti mangga, strawberry, blueberry dan sebagainya. Ada juga diletakkan coklat dan biskut oreo sebagai perisa kek.
Cheesecake ini bukan sahaja ada pelbagai perisa, bahkan terdapat dua kaedah menyediakannya. Ada resipi yang perlu dibakar dan ada resipi cheesecake yang tidak perlu dibakar, hanya sejukkan beberapa jam didalam peti sejuk kemudian sudah boleh dimakan.
Berikut adalah perbezaan antara Cheesecake bakar (baked) dan tanpa bakar (chilled):
1. Tekstur kek
Bahan yang digunakan untuk memastikan tektur cheesecake kukuh adalah berbeza antara bakar dan tanpa bakar. Bagi kaedah dibakar, bahan yang digunakan adalah telur dan tepung. Kedua-dua bahan ini yang mengukuhkan bentuk dan tekstur kek apabila dibakar.
Cheesecake yang dibakar teksturnya lebih kukuh dan padat dari tidak dibakar. |
Berbeza dengan kaedah tanpa bakar, gelatin digunakan untuk memastikan tekstur kek tidak mudah lembik dan cair pada suhu bilik. Tekstur keknya seakan-akan seperti puding tetapi berkrim. Tetapi ada juga resipi yang tidak menggunakan gelatin. Tekstur kek tanpa gelatin ini lebih creamy dan sedap dinikmati sejurus keluar dari peti sejuk. Namun jika dibiarkan lama pada suhu bilik, kek akan lembik dan sedikit muak jika dimakan.
Cheesecake tanpa bakar yang tidak diletakkan gelatin biasanya diletakkan didalam jar. |
Cheesecake yang dibakar juga teksturnya lebih padat berbanding dengan yang tidak dibakar. Jika anda lebih suka menikmati creamcheese yang bertekstur seperti ais krim, cheesecake tanpa bakar adalah pilihan yang tepat!
2. Lapisan kek
Cheesecake tanpa bakar kebiasaannya mempunyai lebih dari 3 lapisan, ini kerana teksturnya yang berkrim mudah untuk dimasukkan kedalam apa jua bekas atau loyang. Cheesecake tanpa dibakar ini bukan sahaja boleh diletakkan dalam Springform pan malah boleh juga diletak didalam jar dan diisi dengan lapisan yang berulang-ulang.
Cheesecake tanpa bakar diletakkan didalam jar, dilapisi dengan lapisan biskut, creamcheese dan perisa. |
Berbeza dengan Cheesecake yang dibakar, bentuknya tetap dalam loyang yang dibakar. Hanya boleh ditambah perisa didalam adunan creamcheese sebelum dibakar atau sebagai topping selepas kek disejukkan.
Cheesecake yang dibakar didalam Springform pan. |
Cheesecake yang diletakkan perisa terlebih dahulu didalam aduanan creamcheese. |
3. Membakar dan menyejukkan kek
Cheesecake yang dibakar dalam ketuhar biasanya menggunakan kaedah water bath. Kaedah ini digunakan agar kek tidak kering dan merekah semasa proses membakarnya, kerana air disekeliling loyang akan mengawal suhu disekeliling loyang kek yang dibakar. Selepas dibakar, kek perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan atau diletakkan topping.
Cara membakar kek menggunakan kaedah water bath. |
Bagi Cheesecake tanpa bakar, selepas siap diletakkan dalam bekas atau loyang, ia perlulah disejukkan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 jam atau yang terbaik semalaman. Jika terlalu sekejap disejukkan, ia tetap boleh dimakan namun rasanya kurang ummpph! dan teksturnya lembik dan cair. Jika ingin lebih cepat sejuk, boleh dimasukkan dalam peti sejuk beku iaitu freezer seketika. Tidak perlu tunggu sehingga 5 jam mahupun semalaman.
Nutella Cheesecake dalam jar. |
Xx ShuhadaShafie xX
salam
ReplyDelete